Friday, 8 July 2011

OBJEKTIF, VISI DAN MISI PANITIA KEJURUTERAAN AWAM

1.0  OBJEKTIF PANITIA

  a)    Melahirkan pelajar yang cemerlang dengan mengekalkan
      keputusan SPM – PKA (100 % )  dan   meningkatkan kualiti 
      gred A (Cemerlang)  sebanyak 30%.

b)  Mengurangkan pelajar yang mendapat gred D dan E  dan
      menambah gred   kepujian  kepada 70 % bagi  merendahkan
      gred purata dalam peperiksaan SPM  bagi m/p PKA  dari    4.00  
      ke  3.00 menjelang 2012.

c)         Memupuk dan meningkatkan minat yang mendalam serta
      semangat  ingin tahu pelajar yang tinggi serta melatih pelajar 
      dalam  kemahiran berfikir  secara konseptualistik,
      kontekstualistik ,   saintifik,  kritis dan kreatif.


2.0   VISI  PANITIA

       Melahirkan pelajar-pelajar  dengan  MINDA KELAS PERTAMA yang  berwawasan, berkarisma , mempunyai  pengetahuan dan kemahiran   dalam bidang sains  dan  teknologi serta kejuruteraan  Awam berlandaskan sikap dan nilai-nilai murni  bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dan keperluan global.


3.0    MISI PANITIA

  a)  Meningkatkan mutu  Pengajaran dan Pembelajaran  dalam
             PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

  b)  Melahirkan pelajar yang berinovatif dan berdaya saing
             sesuai dengan  perkembangan teknologi   maklumat masa
             kini.

  c)  Boleh mengembangkan kemahiran teknologi dengan kreativiti
              sendiri berlandaskan  pengetahuan Sains , Teknologi dan
              Kejuruteraan Awam yang dipelajari .


No comments:

Post a Comment