Friday 8 July 2011

PENGURUSAN PANITIA KEJURUTERAAN AWAM 2011

SELAMAT DATANG KE 
PANITIA KEJURUTERAAN AWAM
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA 
BUKIT PIATU, 75150 MELAKA


                                                               
MUKADDIMAH

Panitia Kejuruteraan Awam ditubuhkan pada tahun 1995 dan peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam bermula pada tahun 1996. Panitia ini merupakan kesinambungan Panitia Binaan Bangunan yang sebelum ini melibatkan mata pelajaran Binaan Bangunan, Ukur Tanah dan Lukisan Geometri dan Bangunan yang ditubuhkan pada peringkat awal Sekolah Menengah Teknik Melaka di tubuhkan iaitu pada tahun 1974.
               Di awal mata pelajar PKA diadakan, pengajaran dan pembelajaran diadakan dalam Bahasa Melayu dan mulai 2006 dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Sepanjang tahun pengajaran dari 2006, P&P dilakukan dalam dwi bahasa . Dijangka mulai tahun 2012 P&P mata pelajaran hampir semua subjek akan kembali ke bahasa Melayu.
           Alhamdullillah , sepanjang panitia Kejuruteraan Awam di bawah Ketua Panitia sekarang, Peratusan keputusan SPM PKA dapat dikekalkan 100% selama mulai 1998 hingga kini. Harapan semuga prestasi dapat dikekalkan 100% dengan peningkatan kualiti yang membina.

No comments:

Post a Comment